Connect with us

Oh! Media

(Video) Tukar Nama Akaun Kepada ‘Presiden JASA’, Gelagat Pemuda Ini Tarik Perhatian Netizen

7599ab82 84a6 4c4a 8654 be257743a5a5

Trending

(Video) Tukar Nama Akaun Kepada ‘Presiden JASA’, Gelagat Pemuda Ini Tarik Perhatian Netizen


Baru-baru ni heboh di Twitter apabila ada seorang pemuda yang terkejut apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah menjadi salah seorang pengikut (followers) di akaun Twitter peribadinya. 

Dia yang dikenali sebagai @pedoqpop di Twitter, telah memuat naik screenshot tersebut di akaun Twitter miliknya.

7599ab82 84a6 4c4a 8654 be257743a5a5

Selain mendapat perhatian netizen, Tweet itu juga telah mendapat perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Khairy Jamaluddin selepas itu dikatakan telah membalas tweet pemuda itu.

IKLAN
https://twitter.com/Khairykj/status/1327926735254351872?s=20

Saya dah emel surat sokongan untuk saudara. Semoga berjaya & boleh berjasa kepada negara. – Kata Khairy di Twitter.

Rata-rata netizen berasa geli hati dan seolah-olah turut menyokong kenyataan Khairy.

Hahahahaha doa Pedoq dikabulkan, dah lama mintak.

Saya menyatakan sokongan padu terhadap berita ini 😆

Alhamdulillah, Pedoq for president JASA

Kalau ada kerja-kerja bancuh air panggil saya YB. – Kata beberapa individu di Twitter.

Ekoran daripada itu, hari ini di Twitter @pedoqpop dilihat telah menukar nama akaunnya kepada ‘Presiden JASA’ dan telah memuat naik satu video TikTok yang mengandungi imej YB Syed Saddiq bersama kucingnya.

https://twitter.com/pedoqpop/status/1327944806748676096?s=21

Tanpa dia menyangka, video yang telah dimuat naiknya itu turut berjaya menarik perhatian YB Syed Saddiq.

Rata-rata netizen tidak dapat menahan daripada ketawa apabila melihat tweet yang dibalas oleh Syed Saddiq itu.

Pagi-pagi dah buat lawak 😂

Wakakaka serious lah Syed Saddiq ni

Cepat betul presiden masuk kerja

Laaaa YB tak tahu ke Pedoq tu raja plagiat. Make sense laaa jadi presiden JASA. – Kata netizen di Twitter.

Semuanya masih lagi menjadi persoalan dan tanda tanya, adakah benar atau tidak pemuda dengan gelaran @pedoqpop ini telah menjadi salah seorang ahli JASA? Apapun, di minta supaya tidak ada yang mengambil serious berkaitan hal ini kerana ianya hanyalah gurau semata-mata.

Kredit: @pedoqpop, Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas