Connect with us

Oh! Media

Potong Ikut Kiri, Pelajar Meninggal Dunia Digilis Lori

Pelajar meninggal dunia

Trending

Potong Ikut Kiri, Pelajar Meninggal Dunia Digilis Lori

Akibat memotong di bahagian kiri, seorang pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Johor meninggal dunia selepas terjatuh dari motosikal dan digilis lori. Allahu!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di Jalan Hutan Percha hari ini pada pukul 9.50 pagi tadi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Pada awalnya, pelajar yang berumur 20 tahun ini menunggang motosikal berasingan dengan bapanya menuju ke Taman Melaka Perdana. 

Pelajar berkenaan dipercayai memotong di sebelah kiri sebuah lori yang nombor pendaftarannya tidak dikenal pasti, sebelum bergesel dengan kenderaan itu dan terjatuh.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan darah dan cebisan daging di atas jalan dan keadaan jalan lurus, satu lorong dua hala.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat, sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apapun, sentiasa berhati-hati ketika menunggang atau memandu di jalanraya serta mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas