Connect with us

Oh! Media

Polis Serbu Lapangan Terbang Muan, CEO Jeju Air Dikenakan Larangan Perjalanan

Ohmedia copy of Untitled Design 63

Trending

Polis Serbu Lapangan Terbang Muan, CEO Jeju Air Dikenakan Larangan Perjalanan

Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan nahas pesawat syarikat penerbangan Jeju Air pada 29 Disember 2024 yang telah mengorbankan 179 nyawa dan hanya dua penumpang dilaporkan terselamat.

Kemalangan pesawat Boeing 737-800 itu berlaku semasa cuba mendarat secara kecemasan sebelum melanggar penghadang dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

BACA: Syarikat Jeju Air Mohon Maaf Selepas Lebih 170 Terkorban Dalam Nahas

IKLAN

Terbaru, polis Korea Selatan telah menghantar kira-kira 30 pegawai penyiasat untuk menyerbu pejabat lapangan terbang Muan dan pejabat Jeju Air di Seoul, menurut laporan agensi berita Yonhap.

Polis mahu kumpul, siasat bukti nahas

250102 jeju police raid wc 0936 93989d
Kredit foto Yonhap News Agency

Menurut pegawai polis yang bertugas, serbuan ini bertujuan mendapatkan bukti berhubung kesahihan ‘localiser’ lapangan terbang, struktur konkrit yang menempatkan susunan antena berhampiran landasan serta rekod komunikasi antara menara kawalan dan juruterbang sebelum insiden nahas berlaku.

Waran geledah telah dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian.-Katanya

CEO Jeju Air dilarang keluar negara, saksi penting kemalangan

Image
Kredit foto Yonhap News Agency

Dalam pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air, Kim E-bae, telah dilarang meninggalkan Korea Selatan berikutan siasatan terhadap kemalangan pesawat syarikat itu masih berjalan.

South korea plane fire 51764
Kredit foto Yonhap News Agency

Polis berkata, mereka menganggap Kim sebagai saksi yang penting untuk memberikan maklumat berharga mengenai insiden tersebut.

Selain Kim, seorang individu lagi yang dikatakan pegawai kanan syarikat itu juga dikenakan larangan perjalanan.

Ohmedia copy of Untitled Design 63

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Yonhap News


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas