Oh! Tidak
Syarikat Jeju Air Mohon Maaf Selepas Lebih 170 Terkorban Dalam Nahas
Tragedi menyayat hati melibatkan pesawat tambang murah Jeju Air telah mengejutkan Korea Selatan.
Nahas yang berlaku pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan itu mengorbankan lebih 170 nyawa, dengan hanya dua penumpang dilaporkan terselamat.
Kejadian ini telah mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat, sekali gus menuntut tindakan segera pihak kerajaan dan syarikat penerbangan.
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo, memohon maaf atas insiden ini dan berjanji akan memastikan operasi menyelamat dilakukan dengan pantas.
Beliau turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas.
Jeju Air mohon maaf secara terbuka

Sebagai syarikat penerbangan yang terlibat, Jeju Air turut memohon maaf secara terbuka atas insiden ini.
Kami di Jeju Air akan melakukan segala yang terdaya sebagai respons kepada nahas ini. Kami memohon maaf secara ikhlas kerana menimbulkan kebimbangan.- Kata wakil syarikat tersebut.
Dalam kenyataan rasmi mereka, syarikat itu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya dalam membantu keluarga mangsa dan pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
