
Trending
Polis Kelantan Mahu Gadis Bawah Umur Terlibat Seks ‘Suka Sama Suka’ Juga Didakwa
Polis Kelantan cadang undang-undang seks bawah umur diteliti semula. Lelaki bukan satu-satunya pihak bersalah, kedua-duanya wajar dipertanggungjawabkan.
Polis Kelantan mendedahkan bahawa hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di negeri itu berlaku bukan kerana paksaan, tetapi atas dasar suka sama suka.
Menurut laporan Harian Metro, undang-undang sedia ada wajar diperhalusi semula agar tindakan tidak hanya dikenakan terhadap lelaki, sebaliknya kedua-dua pihak terbabit dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Selama ini kita hanya mendakwa lelaki dalam kes rogol bawah umur, sedangkan hasil siasatan mendapati kebanyakan kes berlaku atas dasar suka sama suka. Maka saya mahu mencadangkan agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap perempuan yang terbabit.
Polis cadang tindakan undang-undang lebih adil

Mohd Yusoff menegaskan bahawa apabila laporan dibuat, polis tetap perlu membuka kertas siasatan dan menuduh lelaki mengikut undang-undang walaupun terdapat pengakuan hubungan itu dilakukan secara suka sama suka.
Beliau mencadangkan agar peraturan ditambah baik supaya kedua-dua pihak dapat dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.
Peranan ibu bapa, guru dan institusi agama

Selain penguatkuasaan undang-undang, Mohd Yusoff mengingatkan bahawa pencegahan lebih utama. Beliau menyeru agar ibu bapa, guru dan institusi agama seperti JAHEAIK memainkan peranan mendidik dan memantau anak-anak.
Katanya, isu ini perlu ditangani secara menyeluruh dari aspek pendidikan, pemantauan dan perundangan bagi membendung peningkatan kes.
Pssttt! Kesedaran dan pendidikan awal tentang batas pergaulan sangat penting. Undang-undang mungkin berubah, tapi pencegahan tetap bermula dari rumah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
