Connect with us

Oh! Media

Polis Dedah Taktik Baharu Ah long Kepada Orang Yang Gagal Lunas Hutang

Trending

Polis Dedah Taktik Baharu Ah long Kepada Orang Yang Gagal Lunas Hutang

Umum mengetahui, ah long merupakan istilah popular bagi ‘ceti haram’ atau badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram.

ADVERTISEMENT

BACA: Makcik 64 Tahun Jual Rokok Seludup Ditahan Polis

Selalunya, mereka akan menawarkan pinjaman wang kepada sesiapa yang tidak sanggup atau berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada bank kerana disenarai hitam.

Namun awas! Kadar faedah yang sangat tinggi serta disusuli dengan ugutan atau ancaman keganasan mampu dihadapi peminjam jika gagal melunaskan hutang.

JSJK dedah taktik baharu ah long

Bagaimanapun, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah membongkar taktik baharu sindiket wang tidak berlesen atau ah long yang berjaya dikesan.

Menurutnya, taktik terbaharu itu adalah dengan mengupah peminjam atau melakukan kerja menyimbah cat termasuklah menghantar notis ugutan kepada peminjam lain.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima dua kes membabitkan dua mangsa berbeza di Sabah.

Siasatan mendapati penawaran kerja oleh sindiket haram itu berlaku dalam dua keadaan iaitu kepada individu yang gagal meminjam dan individu yang gagal melunaskan hutang.

Individu yang tidak diluluskan pinjaman oleh ah long:

Mereka akan ditawarkan untuk bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan diberi upah atas kerja yang dilakukan.

Individu yang gagal melunaskan hutang ah long:

Mereka akan diminta untuk bekerja dengan ah long dan jumlah hutang akan ditolak berdasarkan kerja yang diselesaikan.

Mohd. Kamarudin berkata, pihaknya ingin mengingatkan bahawa tindakan bersekongkol dengan sindiket ah long sama ada suka rela atau paksaan untuk melakukan gangguan atau khianat boleh disiasat mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, individu tersebut boleh disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400), Seksyen 29B(1) akta sama, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 427 KK dan Seksyen 436 KK serta Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas