Connect with us

Oh! Media

PM Umum Cuti Tambahan Dan Tol Rahmah Percuma Selama 4 Hari Bersempena Aidilfitri

aidilfitri

Oh! Gear

PM Umum Cuti Tambahan Dan Tol Rahmah Percuma Selama 4 Hari Bersempena Aidilfitri

Bersempena Hari Raya Aidilfitri, pihak kerajaan telah memberi satu hari cuti kelepasan am tambahan bagi mempermudahkan rakyat untuk pulang ke kampung halaman.

ADVERTISEMENT

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dalam sidang media khas, keputusan itu dibuat selepas pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal yang akan dibuat pada Khamis, 20 April 2023.

Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Dalam pada itu, bagi Sabah dan Sarawak pula kerajaan negeri boleh mengumumkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Tambahan, pihak kerajaan telah menyediakan inisiatif kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman iaitu Tol Rahmah selama 4 hari.

aidilfitri

Menurut Perdana Menteri, tol percuma itu ditawarkan bermula 9 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan 24 April 2023 (Isnin). Tol Rahmah ini juga melibatakan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung.

Yay, apa lagi korang jom kita balik kampung!

BACA: Anwar Ibrahim Bakal Umum Satu Lagi Berita Baik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kredit: Astro Awani 1 | Astro Awani 2

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas