Connect with us

Oh! Media

PLUS Jangka Perjalanan Pulang Ke Kampung Lebih Panjang Terutama Sabtu, Ahad Ini

Trending

PLUS Jangka Perjalanan Pulang Ke Kampung Lebih Panjang Terutama Sabtu, Ahad Ini

Sempena perayaan Aidilfitri, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan tol percuma pada 12 tengah malam 30 April hingga 11.59 malam 1 Mei.

ADVERTISEMENT

Bukan itu je, korang yang pulang dari kampung ke tempat tinggal masing-masing pada 7 Mei, bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam 8 Mei turut menikmati tol percuma ni.

Manakala, diskaun tol antara 30 dan 50 peratus turut diberikan kepada lebuh raya yang lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

BACA: Sempena Aidilfitri, Kerajaan Umum Tol Percuma Dan Diskaun Sehingga 50 Peratus

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam laporan Harian Metro menjangkakan tempoh perjalanan pulang ke kampung lebih panjang terutama pada Sabtu dan Ahad ini apabila ramai yang rebut peluang nikmati tol percuma.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail menasihati orang ramai supaya membuat persiapan rapi dan pihak PLUS sendiri akan mengambil langkah sewajarnya termasuk aspek perjalanan di lebuh raya, di plaza tol dan kawasan-kawasan rehat.

Untuk rekod data trafik, pengguna yang guna Touch ‘n Go masih perlu sentuh kad mereka di lorong tol, tetapi tiada bayaran akan ditolak daripada kad tersebut.

Begitu juga dengan pengguna Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan SmartTAG, mereka perlu pastikan masuk dan keluar lebuh raya melalui lorong RFID dan SmartTAG sahaja.

Yang penting, pastikan status kad Touch ‘n Go korang masih aktif. Nanti tak pasal-pasal jalan sesak di lorong tol sebab kad dah tak boleh guna. Korang boleh check status kad di sini http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

Korang yang nak pulang nanti tu, pastikan bersedia dari segi mental dan fizikal ya. Servis kenderaan dan pastikan keperluan kecemasan tersedia. Hati-hati di jalan raya!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas