Connect with us

Oh! Media

PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Sehari Sempena Maulidur Rasul Ini

Plus

Trending

PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Sehari Sempena Maulidur Rasul Ini

PLUS merekodkan jumlah purata harian sebanyak 1.7 juta kenderaan dan menjangka bahawa jumlah tersebut akan melonjak naik sehingga 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu ini.

BACA: PLUS Jangka Perjalanan Pulang Ke Kampung Lebih Panjang Terutama Sabtu, Ahad Ini

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan kerana kadar kenaikkan kenderaan akan bermula pada Jumaat ini.

IKLAN

Pastikan nilai Touch ‘n Go mencukupi

Image 16

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusof Abdul Aziz berkata pengguna jalan raya perlu membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai nilai baki pembayaran tol yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Sebelum memasuki lebuh raya, sebaiknya tambah nilai kad Touch ‘n Go anda dan pastikan e-wallet (bagi mereka yang menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio) mempunyai baki yang mencukupi untuk mengelak kesulitan keluar di plaza tol.

Pengguna jalan raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan melayari laman web www.plus.com.my atau menerusi Facebook dan Twitter @PLUSTrafik.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas