Connect with us

Oh! Media

“Pisang Goreng Harga RM6 Pun Kena Bayar Separuh Sorang” – Isteri Luah Rasa Kecewa Dapat Suami Berkira

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 02t154505663

Trending

“Pisang Goreng Harga RM6 Pun Kena Bayar Separuh Sorang” – Isteri Luah Rasa Kecewa Dapat Suami Berkira

Baru-baru ini, tular di aplikasi X seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia mempunyai suami yang sangat berkira.

Wanita tersebut berkata, sepanjang perkahwinannya yang kini sudah mencecah tahun kelapan, kos perbelanjaan semuanya harus dibahagi dua termasuklah seperti keperluan anak, makanan dan sebagainya.

Gys4kgvbmaa7veg

Katanya, lelaki itu sangat berkira walaupun gajinya lebih banyak daripadanya.

IKLAN

Sampai macam ni sangat tahap berkira husband I even though gaji dia lagi banyak beza almost 2K dengan I.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila suaminya meminta untuk membayar separuh harga pisang goreng RM6 yang ingin dibawa ke rumah ibu mentuanya.

Tindakan tersebut membuatkan si isteri mempersoalkannya, namun lelaki itu berkata bahawa dirinya sudah memberi nafkah.

Kalau tanya kenapa saya kena bayar kos remeh macam ni, lepastu dia akan cakap sebab dia dah bagi nafkah.

Logik tak? Nafkah dia bagi tu RM400 je, dan saya guna kebanyakannya untuk anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati dengan nasib wanita tersebut. Ramai juga yang menganggap bahawa sikap berkira lelaki itu susah untuk diubah.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 02t154505663

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas