Connect with us

Oh! Media

Farah Kartini Tak Pernah Berkira, Sanggup ‘Transfer’ Duit Minta Rakan Di Sarawak Rai Hari Jadi

Ohmedia nur Farah Kartini Pemurah

Trending

Farah Kartini Tak Pernah Berkira, Sanggup ‘Transfer’ Duit Minta Rakan Di Sarawak Rai Hari Jadi

Bersahabat baik sejak lapan tahun lalu, rakan mendedahkan sifat terpuji yang dimiliki Allahyarham Nur Farah Kartini yang ditemui maut selepas beberapa hari hilang.

BACA: “Kepulangan Yang Kami Nantikan Tapi..” – Rakan Baik Kongsi Video Lambaian Terakhir Nur Farah Kartini

Menurut Donny Sidu, Farah tidak pernah berkira dengan sahabat dan tidak menyakitkan hati orang.

IKLAN
Nur Farah Kartini

Kali terakhir dia berhubung dengan arwah pada 3 Julai lalu di mana mereka membuat panggilan video secara berkumpulan.

Kami berempat ada buat video call. Sehari sebelum tu dia ada mesej di grup Whatsapp ucap birthday pada saya.

Katanya, ketika video call arwah ada menyatakan hasrat untuk menyambut hari jadi bersama-sama tetapi malangnya dia tinggal jauh di Semenanjung.

Nur Farah Kartini

Tambah Donny lagi, Farah sepatutnya pulang ke Miri pada akhir bulan ini dan dia serta rakan-rakan yang lain sudah merancang untuk menjemputnya di airport.

Walaupun berjauhan dan tak sambut birthday, dia sanggup transfer duit untuk kami sambut di sini.

Video call itu juga Farah sempat minta kami doakan dia yang nak temuduga untuk SPP menjadi guru.

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian rakan-rakan yang terkilan dengan pemergian arwah. Rakan-rakan mendedahkan Nur Farah Kartini seorang yang baik hati, lemah lembut dan ceria.

Ohmedia nur Farah Kartini Pemurah

Jap!


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas