Connect with us

Oh! Media

“Pihak Baitulmal Dan Zakat Telah Bantu Mereka Sejak Lama Dahulu Sebelum Diviralkan”

Trending

“Pihak Baitulmal Dan Zakat Telah Bantu Mereka Sejak Lama Dahulu Sebelum Diviralkan”

Baru-baru ini tular di laman sosial seorang wanita mendakwa sudah dua tahun memohon bantuan JKM dan pusat zakat namun tidak mendapat perhatian sewajarnya.

ADVERTISEMENT

Wanita itu turut mendakwa permohonan kali pertamanya tidak diproses kerana borang dikatakan telah hilang.

BACA: “Dua Tahun Berjuang” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Rayu Bantuan Zakat Untuk Ibu OKU Terlantar

Terbaru, seorang individu tampil menerangkan secara ringkas jenis bantuan yang telah diberikan Baitulmal MAIWP kepada wanita itu semasa tinggal di Cheras.

Selain itu, anaknya juga didakwa menerima bantuan am persekolahan pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Namun bantuan pada 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak-anak akan berpindah sekolah.

Wanita ini juga didakwa tidak memaklumkan kepada pihak Baitulmal bahawa telah berpindah ke Perak.

Jelas individu ini lagi, Baitulmal dan pusat Zakat ada menghulurkan bantuan sejak lama dahulu sebelum ianya diviralkan. Beliau memohon masyarakat menyemak fakta sebelum menyebar maklumat dan menghentam.

Kredit: Adam Mukhriz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas