Connect with us

Oh! Media

“Dua Tahun Berjuang” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Rayu Bantuan Zakat Untuk Ibu OKU Terlantar

Cover Photo Om 1200 X 675 59

Trending

“Dua Tahun Berjuang” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Rayu Bantuan Zakat Untuk Ibu OKU Terlantar

Di TikTok, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak dan Lembaga Zakat Perak. Menurutnya, dia terpaksa berjuang selama dua tahun untuk mendapatkan bantuan zakat ibu yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

BACA: Viral Kisah Rider Bawa Anak OKU Hantar Makanan, Ebit Lew Tampil Bantu

Dalam rakaman video itu, wanita ini menunjukkan keadaan ibunya yang terlantar di atas katil akibat serangan strok. Dakwanya, dia telah menghantar borang permohonan sebanyak dua kali. Kali pertama, borang yang dihantar dikatakan hilang, tapi dia usaha mohon kali kedua.

IKLAN

Ini digunakan untuk pampers, susu dan barang kelengkapan pembersihan. Betapa susahnya kami penjaga OKU nak minta bantuan dengan kerajaan.

Wanita ini berkata dia sudah berusaha melengkapkan dokumen yang diminta namun permohonan masih tidak lulus. Tambah wanita yang dikenali sebagai Dyana ini lagi, pendapatannya hanyalah dengan menjual burger.

@dyanamohammed3 saya merayu sgt korang utk #bantu #share #video sehinga #pihak #jkm #jkmmalaysia #zakat nmpak #kesusahan kami nie .tq #fyp #fypシ ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menurutnya lagi, bantuan itu amat penting kerana ianya untuk membiayai enam orang anaknya bersama ibu OKU yang sudah terlantar.

Komen Tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati atas apa yang telah terjadi kepada wanita tersebut. Mereka berdoa semoga urusan wanita ini dipermudahkan.

Kredit: TikTok Dyana Mohammed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas