Connect with us

Oh! Media

Peserta Berarak Di Jalan Bangsar Sahaja, Ini Situasi Perhimpunan #TangkapAzamBaki

Trending

Peserta Berarak Di Jalan Bangsar Sahaja, Ini Situasi Perhimpunan #TangkapAzamBaki

Kira-kira 100 peserta menyertai perhimpunan #TangkapAzamBaki yang diketuai oleh aktivis, Adam Adli Abdul Halim hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Perhimpunan #TangkapAzamBaki, Laluan Ke Jalan Bangsar Dilencongkan

Lapor Buletin TV3, peserta perhimpunan mula tiba di stesen LRT Bangsar kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Peserta memakai baju t-shirt berwarna hitam, membawa sepanduk, kain rentang dan plakad gambar.

Peserta berarak sambil melaungkan pelbagai slogan dan menyanyi menggunakan pembesar suara. Turut kedengaran mereka melaungkan ‘Hidup, Bangkit Rakyat.’

Meninjau ke laman Twitter, #TangkapAzamBaki telah trending dan menjadi topik bualan hangat sejak semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pihak penganjur ada berunding dengan polis untuk terus berarak sehingga ke Masjid Negara namun mereka tidak dibenarkan membuat demikian.

Peserta perhimpunan hanya dibenarkan berarak di sepanjang Jalan Bangsar dan tidak dibenarkan ke Masjid Negara.

Beberapa jentera Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dilihat tiba di LRT Bangsar untuk mengawal keadaan.

Kredit: Buletin TV3 | TheVibes.com | Harian Metro | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas