Connect with us

Oh! Media

Perhimpunan #TangkapAzamBaki, Laluan Ke Jalan Bangsar Dilencongkan

Cover Photo Om 1200 X 675 4

Trending

Perhimpunan #TangkapAzamBaki, Laluan Ke Jalan Bangsar Dilencongkan

Susulan penganjuran perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ditahan, polis telah melencongkan lima jalan di Bangsar.

BACA: Ini Sebab Mengapa Fail Kes Rasuah Melibatkan Ketua SPRM, Azam Baki Ditutup

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor menerima maklumat mengenai lokasi perhimpunan #TangkapAzamBaki  jam 11 malam tadi.

IKLAN

Lencong lima jalan di Bangsar

0122rssesak 1642818102 1
Foto Harian MetroHazreen Mohamad

Pihaknya mengesan posting viral di media sosial menyatakan jam 11 pagi ini ada beberapa individu akan menganjurkan perhimpunan di stesen LRT Bangsar.

Pihak polis akan membuat lencongan jalan membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

Jelasnya lagi, selain lencongan jalan, perkhidmatan LRT, MRT di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula pukul 7 pagi hingga 3 petang esok.

Nasihatkan orang ramai tak sertai perhimpunan

012c37f5834f43f99def15d1021ae945 800

Kata Amihizam, polis tidak menerima sebarang pemberitahuan mengenai perhimpunan seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana pihak penganjur perlu memaklumkan kepada polis.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP). Polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang didapati masih berdegil.

Orang ramai yang mempunyai urusan di ibu kota hari ini terutama di kawasan LRT dan Bangsar diminta merancang perjalanan masing-masing kerana terdapat kesesakan jalan raya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas