Connect with us

Oh! Media

Persembahan ‘Berani Mati’ Dari Kumpulan Drama Band Di AJL34, Mengundang Kecaman Netizen

12345png

Trending

Persembahan ‘Berani Mati’ Dari Kumpulan Drama Band Di AJL34, Mengundang Kecaman Netizen

Sebelum tu, Ohmedia nak ucapkan tahniah kepada Naim Daniel kerana telah bergelar juara pada malam semalam di pentas AJL34 dengan lagu ciptaanya Sumpah. Dalam banyak persembahan yang ditonton semalam ada satu yang paling mencuri perhatian netizen apabila persembahan Drama Band yang dikatakan cukup makan dalam!

Sesiapa yang menonton AJL34 malam semalam pasti tahu dan boleh mengagak mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan ini. Drama yang penuh dengan sindiran membuatkan ramai netizen yang memberikan pelbagai komen di laman sosial.

Pada awal persembahan, vokalis mereka iaitu Aepul telah menarik perhatian ramai dengan mengenakan topeng yang agak menyeramkan. Kemudian, persembahan itu telah mencetus kontroversi apabila ada kemunculan karakter yang dibawa seperti mempersenda isu-isu hangat sebelum ini seperti isu politik, pendakwah bebas dan beberapa selebriti.

IKLAN

Persembahan mereka ini memang dikatakan sebagai persembahan yang berani mati kerana ianya penuh dengan sindiran! Antaranya isu hangat seperti bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, isu rumah tangga dua pendakwah bebas, dan juga isu yang melibatkan politik telah dijadikan sebagai ‘drama’ pada persembahan malam semalam.

Persembahan kontroversi ni telah mengundang banyak reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat ianya hanyalah sebagai taktik murahan untuk mencari publisiti dan ada juga netizen yang menyokongnya.

OHMEDIA: PERSEMBAHAN BUKAN KALENG-KALENG NI MEMANG MENARIK RAMAI PERHATIAN NETIZEN TERMASUKLAH OHMEDIA SENDIRI!

Sumber: Ohbulan

+ Baca respon persembahan berani mati di Facebok Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Rudy
Rudy, bekas penulis sepenuh masa di Oh! Media, berdedikasi dalam menyampaikan kandungan bermanfaat kepada rakyat Malaysia. Kini, beliau meneruskan kerjaya gemilangnya di Petronas.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas