Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Mengapa Fail Kes Rasuah Melibatkan Ketua SPRM, Azam Baki Ditutup

rasuah

Oh! Lifestyle

Ini Sebab Mengapa Fail Kes Rasuah Melibatkan Ketua SPRM, Azam Baki Ditutup

Susulan daripada kes pemilikan saham luar biasa oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, Suruhanjaya Sekuriti (SC) memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada berlaku pelanggaran undang-undang bahawa Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti berhubung isu tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Teruk Difitnah! Azam Baki Fail Saman RM10 Juta Terhadap Penyebar Dakwaan Palsu

Sehubungan dengan itu, SC telah menamatkan inkuiri dan kes ditutup sepenuhnya, seperti laporan Astro Awani.

Tan Sri Azam Baki kemudian memberi respon di atas keputusan SC di mana dia menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana keadilan telah ditegakkan.

Alhamdullilah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat oleh SC yang telah mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh saya.

Saya telah dimaklumkan oleh pihak SC bahawa siasatan terhadap perkara itu dimuktamadkan. Oleh yang demikian, pihak SC telah menutup fail inkuiri tersebut.

Justeru itu, Azam Baki menegaskan bahawa dia akan tetap meneruskan tanggungjawab seabagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi membanteras gejala rasuah di negara ini tanpa mengira darjat atau pangkat.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa pihak mengenai Tan Sri Azam Baki yang memiliki kepentingan dalam pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Namun begitu, dia memaklumkan bahawa akaun beliau telah digunakan oleh adiknya untuk membeli saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri dan tidak mempunyai kepentingan terhadapnya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas