Trending
Penyanyi Thailand Meninggal Dunia Selepas Sesi Urut Ketiga Melibatkan Leher
Seorang penyanyi wanita, Chayada Prao-hom, dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan urut di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand.
Memetik laporan Sinar Harian, penyanyi itu pada awalnya mengadu sakit belakang selepas persembahan pada 5 Oktober.
Kebas separuh badan, lengan kiri tak dapat bergerak

Chayada kemudian meminta teman lelakinya membawa ke kedai urut Thai di Udon Thani untuk melegakan kesakitan.
Selepas sesi urut ketiga, Chayada mula mengadu kebas pada separuh badan dan tidak boleh menggerakkan lengan kirinya.
Chayada turut memuat naik status mengenai tangan bengkak dan lebam selepas urutan tersebut di laman Facebook.
Siasatan ke atas pusat urut

Sumber Thai Examiner
Susulan itu, teman lelaki Chayada berhasrat untuk mengambil tindakan saman ke atas kedai urut berkenaan.
Namun, dia bimbang tidak cukup bukti untuk menyokong tindakan tersebut. Kejadian ini turut mendapat perhatian Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Arkom Praditsuwan.
Pihaknya akan membuat semakan sama ada pusat urut berkenaan mempunyai lesen sah. Mereka juga akan menyiasat sama ada pusat urut menggunakan teknik yang betul dan sejajar dengan standard untuk urutan tradisional Thailand.
Chayada dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital Udon Thani. Kematian dipercayai berpunca akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM