Connect with us

Oh! Media

Zamaera penyanyi rap

Oh! Artis

Pegawai PBT Didakwa Kantoi Merakam Penyanyi Rap Wanita Yang Hanya Bertuala Ketika Di Pusat Urut

Penyanyi rap terkenal, Zamaera atau nama sebenarnya, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen mendedahkan pengalaman mengejutkan apabila mendakwa seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) merakamnya secara rahsia semasa sedang menerima khidmat urutan di SS14, Subang Jaya.

Zamaera persoal tindakan pegawai PBT

Menurut laporan Harian Metro, Zamaera menceritakan bahawa pegawai terbabit memasuki bilik urutan tanpa kebenaran dan merakam dirinya yang hanya bertuala.

IKLAN

Ketika saya mempersoalkan tindakan merakam itu, pegawai terbabit memberi alasan rakaman berkenaan adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) PBT. 

Bahagian mana dalam menceroboh privasi pelanggan boleh dianggap beretika?

Ketika kejadian, beberapa lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa dilaporkan memasuki premis tersebut tanpa sebarang notis buatkan Zamaera merasa terganggu. 

Walaupun cuba mengabaikan keadaan pada mulanya, beliau mendakwa seorang pegawai masuk ke biliknya dan mula merakam tanpa izin.

Pegawai menafikan tindakan

Menurut Zamaera, ketika dia mempersoalkan tindakan itu, pegawai tersebut menafikan insiden berkenaan dan mendakwa tiada rakaman dibuat.

Jika anda memasuki pusat urut, anda perlu membuat pengumuman. Sebaliknya, anda menyelinap masuk dan melanggar privasi seseorang.

Zamaera tuntut tindakan tegas

Ekoran insiden itu, Zamaera telah membuat laporan polis bagi menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat. 

Dia juga menggesa agar SOP operasi sedemikian disemak semula bagi memastikan privasi pelanggan tidak dilanggar sebegitu.

#OhmediaNasihat

Privasi adalah hak setiap individu, dan insiden seperti ini sangat membimbangkan. Sebagai masyarakat, kita perlu menyokong usaha menegakkan keadilan dan memastikan tindakan salah laku tidak dibiarkan begitu sahaja.

Jika anda menghadapi situasi yang melanggar privasi, jangan ragu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan tuntut hak anda!

Zamaera penyanyi rap

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas