Trending
Penyanyi “Bey Soba Bey” Mungkin Dibebaskan Bulan Depan?
Menurut laporan Berita Harian, 6 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Narathiwat mungkin akan dibebaskan bulan depan.
Terdapat sumber mengatakan seorang penyanyi berusia 29 tahun dan lima lagi suspek akan dibebaskan dengan ikat jamin selepas kes mereka dibicarakan di mahkamah.
Beberapa orang akan didakwa mengedar dadah

Mengikut undang-undang Thailand, enam rakyat Malaysia itu kekal di Penjara Wilayah Narathiwat sehingga perintah penahanan lanjut mencecah 84 hari dari hari mereka ditangkap.
Mereka akan didakwa atas kesalahan ujian air kencing positif dadah dan beberapa orang akan didakwa kerana mengedar dadah.
Sebilangan kecil termasuk penyanyi itu dijangka dibebaskan selepas membayar ikat jamin.
Kesimpulannya, keputusan dibuat berdasarkan siasatan awal dan ada masa mencukupi untuk polis Thailand menjalankan siasatan kerana perintah penahanan lanjut belum tamat.
