Connect with us

Oh! Media

Pensyarah Perlekeh Golongan B40 Direhatkan Daripada Mengajar

F2f8e714 8ef8 4c7d 8593 89e72174ad05

Trending

Pensyarah Perlekeh Golongan B40 Direhatkan Daripada Mengajar

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan berkenaan seorang pensyarah yang memarahi pelajar kerana tidak mampu membeli sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

BACA : “Pasal Itu Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40” – Pensyarah Dikecam Hina Pelajar

Menurut laporan Harian Metro, pensyarah berkenaan telah direhatkan daripada mengajar mulai hari ini dan perkara ini dikatakan sendiri Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

IKLAN

Profesor Dr Roshana Takim direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai 1 April sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh UiTM.

Pihak universiti sangatlah mengambil serius terhadap perkara yang boleh menjejaskan nama baik universiti. Tambah lagi apabila terdapat mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak.

Bukan tu jer, mereka juga akan mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang berkongsi hantaran yang mengelirukan. 

Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa terdapat dokumen tiga muka surat mengenai laporan kronologi isu video tular membabitkan pensyarah itu yang maklumat sulit yang tidak sewajarnya dikongsikan untuk tatapan umum.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata satu laporan polis telah dibuat bagi untuk melindungi mahasiswa dan kakitangan UITM.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas