Connect with us

Oh! Media

“Dia Adalah Pensyarah Kontrak” – Isu Hina Pelajar B40, UiTM Ambil Tindakan

Trending

“Dia Adalah Pensyarah Kontrak” – Isu Hina Pelajar B40, UiTM Ambil Tindakan

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video berdurasi 1 minit dan 45 saat memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar yang tidak mempunyai laptop.

ADVERTISEMENT

Pensyarah itu dipercayai turut memperlekehkan pelajar dalam golongan B40 yang dikatakan tidak mementingkan pelajaran.

BACA: “Pasal Itu Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40” – Pensyarah Dikecam Hina Pelajar

Terbaru, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya dan kini mereka dalam proses penelitian.

Jelasnya, pensyarah terbabit adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

Pihaknya juga telah mengesan pelajar terlibat dan memberikan peralatan komputer riba yang diperlukan.

Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.

Roziah dalam laporan Harian Metro berkata, pensyarah itu adalah pensyarah yang bagus, mungkin ada kesilapan dalam tindakannya memarahi pelajar.

Katanya lagi, pihak UiTM akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas