Connect with us

Oh! Media

“Penjawat Awam Wajib Ambil Vaksin Sebelum 1 November” – JPA

Vaksin

Trending

“Penjawat Awam Wajib Ambil Vaksin Sebelum 1 November” – JPA

Penjawat awam wajib mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi wabak yang melanda sebelum 1 November ini.

ADVERTISEMENT

BACA : “Suami Lengkap Vaksin Akan Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Di Wad, Tapi..” – KJ

Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan seramai 16,902 penjawat awam yang masih belum mendaftar bagi pelalian itu.

Mereka ini juga boleh dikenakan tindakan sekiranya masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan, kecuali bagi mereka yang mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan kerana mereka tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

JPA juga mengatakan bahawa perkara ini perlu dibuat kerana ingin meyakinkan orang awam serta memastikan perkhidmatan awam kepada rakyat lancar. Lagipun, peratusan penjawat awam yang masih belum mendapatkan vaksinasi adalah kecil.

Ini juga selari dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Semoga perkara ini dapat menjadikan negara kita bebas dari wabak yang melanda. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas