Connect with us

Oh! Media

“Suami Lengkap Vaksin Akan Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Di Wad, Tapi..” – KJ

Bersalin

Oh! Tidak

“Suami Lengkap Vaksin Akan Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Di Wad, Tapi..” – KJ

Isteri yang melahirkan anak dalam wad bersalin boleh ditemani suami yang sudahpun melengkap dua dos suntikan vaksin tak lama lagi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

ADVERTISEMENT

BACA : “Purata Pengguna Katil, ICU Dan Kes Kematian Menurun” – KJ

Menurut laporan Berita Harian, kebenaran ini telahpun diminta Khairy untuk dikeluarkan di semua hospital kerajaan. Sebelum suami menemani isteri di hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan dahulu dan keputusan perlulah negatif.

Saya sudah minta Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalani ujian saringan dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam wad bersalin.

Seperti semua tahu, sebelum ini kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin sejak PKP berlangsung bermula Mac tahun lepas. 

Alhamdulillah, sedikit demi sedeikit kelonggaran dibenarkan. Apapun, sentiasalah mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengurangkan risiko untuk dijangkiti sekaligus dapat menamatkan wabak yang melanda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas