Connect with us

Oh! Media

Pengunjung Maut Jatuh Buaian, JKKP Arah ‘Funfair’ Ditutup

Jatuh Funfair

Trending

Pengunjung Maut Jatuh Buaian, JKKP Arah ‘Funfair’ Ditutup

Malang tidak berbau. Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga, individu masih terdedah kepada risiko bahaya yang tidak dijangkakan berlaku.

BACA: Pengunjung Dilarang Menjerit & Perlu Sentiasa Tutup Mulut Bila Naik Rollercoaster

Seperti yang berlaku lewat malam Rabu lalu, seorang pengunjung maut manakala seorang lagi cedera akibat terjatuh dari buaian berpusing di tapak ‘fun fair’ berhampiran sebuah pasar raya di Cheras Selatan.

IKLAN
1265016

Susulan kejadian itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengarahkan tapak pesta ria atau ‘fun fair’ itu dihentikan operasi dan ditutup sepenuhnya.

Bahrudin Mamat selaku Pengarah JKKP Selangor berkata, sepasukan pegawai penyiasat kini sedang melakukan pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian.

Kita mengeluarkan lima Pemberitahuan Larangan mengikut Seksyen 19 (2) Akta Kilang Dan Jentera 1967 bagi menghentikan operasi ke atas lima unit alat permainan.

Selain itu, satu Notis Larangan mengikut Seksyen 48 (2) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 turut dikeluarkan atas kegagalan pihak operator menjalankan penaksiran risiko bagi semua aktiviti di kawasan tersebut.

Sebagai operator, Bahrudin berkata, mereka mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti. Sudah menjadi tanggungjawab operator meneliti terlebih dahulu bahaya dengan membuat penilaian risiko.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh kira-kira lapan meter dari buaian pada pukul  11.15 malam.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas