Trending
Pengguna Twitter Dedah Laman Web ‘Bocor’ Data Peribadi Rakyat Malaysia, Guna Nama Dan Tarikh Lahir Je!
Seorang pengguna di Twitter, @Radz1112 mendakwa ada sebuah alat Open Source Intelligence (OSINT) boleh mengakses data peribadi rakyat Malaysia dengan hanya masukkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir je!
BACA: ‘Hackers’ Dakwa Miliki Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia Dan Ini Pula Kata Menteri KDN
Difahamkan, alat tersebut yang boleh didapati dalam clearnet boleh mengesahkan data peribadi seseorang, termasuk maklumat pekerjaannya, sama ada bekerja dengan polis atau tentera.
We have a fucking situation.
— Cyber Guardian 💕 (@Radz1112) June 11, 2022
There’s an OSINT tool already out in the clearnet thats using the leaked Jabatan Pendaftaran Negara database. I just tried it out and holy fuck we are screwed.
I wasn’t even looking for anyone specific and I’m already finding nombor anggota.
Radz1112 menyatakan bahawa dia telah mencuba sendiri laman web tersebut dan hanya memerlukan nama serta tahun lahir seseorang individu untuk mendapatkan data peribadi.
Terdapat alat OSINT sudah keluar dalam clearnet yang menggunakan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bocor.
Apa yang anda perlukan hanyalah nama seseorang dan mungkin tahun lahir, kemudian anda boleh mengesahkan bahawa mereka bekerja untuk polis atau tentera Malaysia. Pertahanan negara kita baru sahaja diganggu.
All you need is someone’s name and maybe birth year, and you can verify that they’re working for the Malaysian police and/or military. This is such an operational security shit show. Our national defense just got fucked. pic.twitter.com/bwJMypNPE1
— Cyber Guardian 💕 (@Radz1112) June 11, 2022
Radz1112 menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama sebenar, tarikh lahir, nombor plat lesen dan negeri kelahiran di dalam media sosial.
Hal ini kerana, dengan semua maklumat ini, sekelip mata je data korang boleh di akses oleh orang luar!
Maklumat MySejahtera pun ada
Saya dah senaraikan maklumat yang seseorang boleh dapat berdasarkan sumber.
— Cyber Guardian 💕 (@Radz1112) June 12, 2022
Yang paling merisaukan adalah maklumat MySejahtera pun ada, tapi kena bayar. pic.twitter.com/bH2OwLbyfs
Haa, Radz1112 juga mendakwa maklumat peribadi yang kita masukkan dalam MySejahtera pun boleh diperoleh menggunakan OSINT tapi ada bayaran yang dikenakan.
Perkara ini telah mendapat perhatian Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil serius terhadap pendedahan maklumat peribadi rakyat ini.

Saya menyemak laman web berkenaan, walaupun data terperinci memerlukan pendaftaran dan pembayaran (yang saya tidak mahu lakukan), data peribadi nampaknya ada di sana.
Sebagai contoh, anda hanya perlu mencari nama seseorang dan nombor IC (disunting) ada di sana. Ia sangat membimbangkan.
Pihak berkuasa wajib memandang serius perkara ini. Jelas sekali terdapat kebocoran data sebelum ini kerana maklumat ini sudah pun dibuka.
Harap pihak atasan akan bertanggungjawab dan buat tindakan yang sepatutnya. Dah banyak kali berlaku kejadian macam ni, takkan nak biarkan je?
Kredit: @Radz1112
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM