Connect with us

Oh! Media

‘Hackers’ Dakwa Miliki Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia Dan Ini Pula Kata Menteri KDN

22.5 juta

Trending

‘Hackers’ Dakwa Miliki Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia Dan Ini Pula Kata Menteri KDN

Sekumpulan hackers mendakwa memiliki butiran peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijual.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Kes Kecurian Data Meningkat, ‘Anonymous’ Bagi Amaran Kepada Kerajaan Malaysia Jika Tidak…

Dakwaan tersebut yang didapati di laman sesawang teknologi Lowyat.net semalam telah disangkal oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dapat data dari pihak ketiga

22.5 juta

Datuk Seri Hamzah, Menteri Dalam Negeri mengatakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah dapat memiliki data tersebut daripada pihak ketiga dan bukannya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bukan KDN, dia bukan mendapat data daripada JPN secara terus. Kita sedang buat siasatan kerana orang boleh mengatakan dia mendapat data-data itu daripada JPN tapi sebenarnya kita ada mekanisme yang boleh membuktikan bahawa ianya bukan datang daripada JPN.

Laporan daripada laman sesawang tersebut menyatakan sebanyak dua juta data rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 1940 sehingga 2004 telah dijual pada harga USD10,000 iaitu RM 43,870 di forum pasaran pangkalan data.

Data peribadi yang dijual termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar bersama data daripada laman web Suruhanjaya Pilihan Raya SPR.

Ini yang menyebabkan JPN merasai bahawa mungkin keperluan untuk mereka mendapatkan terus daripada JPN itu akan kita kaji semula daripada SOP.

Memang kita sedang buat siasatan dan dapat tengok apa yang berlaku, banyak maklumat yang mereka dapat merupakan koleksi daripada tempat lain, sebab itu kita akan panggil semua mereka yang terbabit dan akan kita maklumkan tidak lama lagi.

Hamzah sehingga kini menegaskan bahawa data-data yang diperolehi daripada hackers tersebut bukannya daripada JPN.

Apa-apa pun kita tunggu maklumat seterusnya selepas kementerian buat siasatan. Perkara ni bukannya boleh dibuat main. Harap kerajaan ambil berat dan lakukan siasatan dengan secepat mungkin.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas