Connect with us

Oh! Media

Pengasas Sugarbook Didakwa Lagi & Perlu Bayar Ikat Jamin RM10,000

Trending

Pengasas Sugarbook Didakwa Lagi & Perlu Bayar Ikat Jamin RM10,000

Pengarah aplikasi Sugarbook didakda lagi di Mahkamah Majistret hari ini dan kali ini melibatkan pertuduhan menyiarkan senarai Top 10 Sugarbaby University In Malaysia yang telah membuatkan kekecohan pada 10 Februari lepas.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengasas ‘Sugarbook’ Ditahan Semula Kerana Dakwaan Kes Rogol Pelajar IPT

Bagaimanapun, Chan Eu Boon yang mendengar pertuduhan dibaca mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Sabreena Bakar.

Tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara 2 taun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya pula telah menawarkan ikat jamin sebanyak RM100,000 kerana penyebaran maklumat ini boleh mengakibatkan lebih ramai rakyat Malaysia terbabit sugar baby.

Tetapi peguam yang mewakili Chan meminta agar jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak akan melarikan diri.

Tertuduh masih bujang dan berhasrat untuk berkahwin tetapi ditangguhkan kerana keadaan negara (penularan wabak Covid-19). Teman wanitanya akan menjamin beliau. – Katanya.

Akhirnya pihak Mahkamah memutuskan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Chan juga perlu menyerahkan pasport miliknya kepada Mahkamah sehingga kes selesai.

Kita nantikan pula perbicaraan pada 26 Mac 2021.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas