×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Pengasas ‘Sugarbook’ Ditahan Semula Kerana Dakwaan Kes Rogol Pelajar IPT

Oh! Tidak

Pengasas ‘Sugarbook’ Ditahan Semula Kerana Dakwaan Kes Rogol Pelajar IPT

Sebelum ini Ohmedia ada melaporkan tentang Mahkamah Tinggi menolak pemohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook.

BACA: Permohonan Polis Tahan Reman Pengasas ‘Sugarbook’ Ditolak Mahkamah Tinggi

Tapi pelepasan tu tak lama selepas dia pengasas terbabit ditahan semula dan kali ini ia mambabitkan kes rogol dan menawarkan khidmat seks.

Ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat yang telah menerima laporan dari seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi.

Kes berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019. Berikutan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 372 kanun sama. – Katanya kepada Harian Metro.

Soal penahanan reman, pagi tadi Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan untuk tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top