Connect with us

Oh! Media

Pembukaan Genting Highland Dan Pulau Tioman Untuk Penduduk Tempatan Ditangguhkan

Genting Highland

Trending

Pembukaan Genting Highland Dan Pulau Tioman Untuk Penduduk Tempatan Ditangguhkan

Genting Highland, Pulau Tioman yang akan dibuka kepada pelancongan tempatan bermula 1 Oktober ini telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Ada yang dah plan nak pergi bercuti dekat 2 lokasi tu ke?

ADVERTISEMENT

BACA : Tiga Lagi Destinasi Pelancongan Dibenarkan Bermula 1 Oktober Ini

Menurut laporan Sinar Harian, perkara ini dikatakan sendiri oleh Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini memaklumkan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Walaubagaimanapun, hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan untuk pergi ke lokasi berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagi pelancong luar yang sudah membuat tempahan, kami minta mereka hubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut, sama ada tangguh atau sebagainya.

Lebih baik cegah sebelum perkara buruk akan berlaku nanti. Kita masih belum menang! Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar wabak yang melanda ini akan berakhir supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti sebelum-sebelum ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas