Connect with us

Oh! Media

Tiga Lagi Destinasi Pelancongan Dibenarkan Bermula 1 Oktober Ini

Pelancongan

Trending

Tiga Lagi Destinasi Pelancongan Dibenarkan Bermula 1 Oktober Ini

Genting Highland, Pulau Tioman dan Melaka akan dibuka kepada pelancongan tempatan bermula 1 Oktober ini. Ada yang berniat nak pergi bercuti ke tu?

ADVERTISEMENT

BACA : Dah Boleh Ke Langkawi Bermula 16 September, Ini SOP Yang Anda Kena Ikut

Menurut laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini apabila melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Dalam tempoh dua minggu lagi, 3 destinasi tersebut akan bersiap sedia untuk operasi semula dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

Tambahan destinasi pelancongan lain juga akan dibentangkan Kemeterian yang bukan hanya tertumpu di Pulau semata. 

Apapun, bagi sesiapa yang belum mendapatkan vaksin tu, pergi ambil segera ya. Ini merupakan salah satu SOP yang perlu kita ikut bagi membolehkan kelonggaran yang kerajaan buat ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas