Connect with us

Oh! Media

Pelajar Intern Trauma Nak Turun Site! Pengurus Dakwa Pegang Paha Bukan Gangguan Seksual Tapi…

gangguan seksual

Trending

Pelajar Intern Trauma Nak Turun Site! Pengurus Dakwa Pegang Paha Bukan Gangguan Seksual Tapi…

Gangguan seksual bukanlah satu perkara yang main-main, namun masih ramai yang menganggap ia perkara kecil sedangkan ramai mangsa menjadi trauma selepas diganggu.

ADVERTISEMENT

Terbaru, seorang pelajar latihan industri, Nur Diyana yang berusia 21 tahun menceritakan pengalamannya diganggu seorang penyelia tapak pembinaan ketika bertugas pada 15 Disember 2022.

Diyana menceritakan detik itu kepada mStar, di mana ketika itu dia telah ditepuk di bahagian paha kaki oleh pengurus tapak binaan.

Tak tahu nak kata apa kerana takut…

Setelah siap semua kerja, dia datang dekat dengan saya untuk berterima kasih kerana membantunya.

Sebelum dia keluar dari tapak pembinaan, dia ucap terima kasih berkali-kali kepada saya dan tepuk-tepuk paha saya.

Saya terkejut dan terus bangun daripada posisi duduk tetapi saya tak cakap apa-apa kerana takut.

Diyana turut mengatakan pengurus itu turut memegang bahagian lengannya untuk mengucapkan terima kasih.

Memang saya menangis sahaja di tapak pembinaan kerana trauma, tak tahu nak laporkan insiden ini kepada siapa dan apa yang patut dilakukan ketika itu.

Pengurus tak mengaku salah dan katakan ia fitnah..

Hari esoknya, Diyana melaporkan apa yang dialaminya kepada penyelia yang kemudian terus menghubungi pengurus terbabit.

Malangnya, pengurus terbabit tidak mengaku bersalah dan memarahi pula Diyana serta menuduhnya menyebarkan fitnah.

Dia cakap saya fitnah dia, dia masih ingat anak bini. Dia tak ada nak buat benda tak elok. Dia kata pegang itu sebab nak ucap terima kasih, dia biasa melakukan seperti itu pada kawan-kawannya yang lain.

Walaupun pengurus itu akhirnya mengaku bersalah memegang tetapi dia tidak mengaku ada niat melakukan gangguan seksual. Penyelia kemudian hanya meminta mereka berdamai kerana tidak mahu meroskkan hubungan antara dua syarikat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas