Connect with us

Oh! Media

Pelajar Ditekap Dengan Seterika Panas, Dipukul 10 Senior Dipercayai Kerana Cemburu

Seterika 1

Trending

Pelajar Ditekap Dengan Seterika Panas, Dipukul 10 Senior Dipercayai Kerana Cemburu

Kejadian di sekolah menengah di Teluk Intan, Perak, seorang pelajar tingkatan dua telah dipukul dan ditekap dengan seterika panas oleh 10 orang pelajar senior.

BACA: Gadis Persoal Perangai Arwah Zulfarhan Dikecam Netizen Rupanya Awek Salah Seorang Tertuduh?

Menerusi laporan Kosmo, mangsa dipukul oleh pelajar-pelajar yang berumur 16 sehingga 17 tahun di asrama sekolah, dalam jam 12.30 pagi hingga 1 pagi.

IKLAN

Berbual dengan teman wanita

Screenshot 2022 06 26 at 102310 am

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pergaduhan tersebut berpunca apabila mangsa didakwa berbual dengan teman wanita kepada salah seorang suspek.

Dalam kejadian ini salah seorang suspek telah membawa mangsa ke bilik asrama suspek dan kemudiannya memukul mangsa secara beramai-ramai dan mencederakan mangsa menggunakan seterika panas pada badan mangsa.

Mangsa kemudiannya telah menghubungi ibunya serta mengadu mengalami sakit di bahagian pinggang dan ibu mangsa kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk menerima lawatan lanjut.

10 orang suspek tersebut telah ditahan oleh pihak polis selepas keluarga mangsa membuat laporan polis. Mereka ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Pihak polis juga mengingati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini untuk mengelakkan kekeliruan dan mengganggu siasatan.

Allahu, semoga keadilan berpihak kepada yang benar. Sampai bila kes buli nak berlarutan dekat Malaysia ni? Melampau sangat budak-budak sekarang sampai buat anak orang lain cedera.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas