Connect with us

Oh! Media

Gadis Persoal Perangai Arwah Zulfarhan Dikecam Netizen Rupanya Awek Salah Seorang Tertuduh?

zulfarhan

Oh! Tidak

Gadis Persoal Perangai Arwah Zulfarhan Dikecam Netizen Rupanya Awek Salah Seorang Tertuduh?

Kes buli sehingga mati seorang pegawai Kadet Laut UPNM, arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain sememangnya menjadi peringatan buat kita semua. Tapi siapa sangka ada juga individu yang merasakan arwah adalah punca semua ini berlaku.

ADVERTISEMENT

Ini apabila seorang wanita tiba-tiba muncul di Twitter dengan menyatakan perangai arwah adalah punca mengapa ini semua terjadi. Wanita terbabit menyatakan pasti terdapat sebab yang tertentu mengapa arwah diperlakukan kejam oleh 6 orang penuntut UPNM.

Kau tak nak tanya apa punca semua ni? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni? – Tulisnya.

Apa yang dipersoalkan gadis ini telah membuatkan ramai tertanya-tanya siapa gadis ini kerana dia dilihat seperti mengenali arwah dan mengetahui pokok pangkal cerita.

Melalui satu perbualan dalam DM (direct message), seorang wanita yang dikenali sebagai @PutriAinNatasha telah berkongsi screenshot yang menunjukkan dia meminta penjelasan di atas pendedahan wanita terbabit terhadap arwah.

Nak tahu juga please. Kenapa dengan dia?

Wanita terbabit bagaimanapun enggan mencerita lebih lanjut walaupun mengakui dia mengetahui cerita penuh apa yang berlaku dan itulah yang membuatkan dirinya berani menaikkan tweet.

Kenapa tweet macam arwah layak kena tekap 90 kali dengan seterika?

Putri yang tidak berpuas hati terus cuba mendapatkan penjelasan dari wanita terbabit. Berdasarkan perbualan di bawah, wanita terbabit menafikan dirinya membela perbuatan pelaku dan hanya menyatakan semua ini pasti ada sebab mengapa pelaku sanggup menyiksa arwah.

Netizen yang tidak berpuas hati dengan isu yang dibangkitkan wanita terbabit terjumpa satu perkara menarik!

Berdasarkan perkongsian lain, seorang netizen mendakwa pula wanita terbabit sebenarnya adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh. Ini apabila ada satu akaun Instagram pelaku yang menulis Bio akaun Instagramnya dengan nama “Najeha’s”. Nama ini dikatakan sama dengan nama wanita yang menaikkan isu ini.

Kesahihan perkara ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi kerana wanita terbabit telah menyahaktifkan akaun Twitter selepas dikecam bertubi-tubi.

Tidak kira apa yang berlaku sebelum kejadian kerana apa yang dilakukan pesalah memang kejam dan tidak sepatutnya terjadi. Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kredit: Twitter @PutriAinNatasha, @jihayihaa

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas