Oh! Tidak
Mulut Berbuih Dan Tidak Sedarkan Diri, Dua ‘Call Man’ Meninggal Dunia Dalam Kereta
Dua individu warga tempatan yang bekerja sebagai penarik kereta kemalangan ditemui meninggal dunia dalam kenderaan di Jalan Persiaran 9, Taman Ampang, Ampang Jaya Selangor.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 6.17 petang.

Katanya, orang ramai yang mendapati kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri segera menghubungi talian MERS 999.
Setibanya kakitangan perubatan dari Hospital Ampang di lokasi kejadian, mereka segera membuat pemeriksaan dan mangsa didapati telah meninggal dunia.
Sementara itu, pemeriksaan pihak polis mendapati kenderaan masih hidup serta keempat pintu dan tingkap dalam keadaan tertutup.
Pintu bahagian penumpang dan pemandu kemudiannya dibuka dan didapati kedua-dua individu terbabit dalam keadaan mulut berbuih serta tidak sedarkan diri.
Pihak polis juga mengesahkan tiada kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.
Kedua-dua individu terbabit berumur lingkungan 30an dan bekerja sebagai penarik kereta kemalangan.
Siasatan juga mendapati tiada sebarang elemen jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 6 hours ago