Connect with us

Oh! Media

“Patutlah Rezeki Johan Murah” – Netizen Puji Sikap Johan Tidak Pernah Kedekut, Selalu Belanja Ozlyn

Trending

“Patutlah Rezeki Johan Murah” – Netizen Puji Sikap Johan Tidak Pernah Kedekut, Selalu Belanja Ozlyn

Siapa tak kenal dengan pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak yang sering berkongsi kemesraannya bersama keluarga di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Anak Sekolah Tahfiz Ayah Pelakon” – Netizen Tegur Norman Hakim Tayang Badan ‘Sado’

Perkongsian Johan dan isterinya, Ozlynn Wati di media sosial seringkali mendapat pujian peminatnya kerana banyak memberikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang lain.

Jaga anak di rumah, beri kad bank suruh isteri shopping

Baru-baru ini, Ozlynn yang juga merupakan seorang pelakon memuatnaik satu hantaran di Instagram miliknya dan Johan berkongsi bahawa suaminya itu sering memberikan ‘me time’ kepadanya.

Menerusi hantaran itu, Ozlynn berkongsi Johan memberikannya ruang untuk mempunyai ‘me time’ dan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga anak-anak di rumah.

Pelakon itu turut berkongsi bahawa Johan tidak kedekut kerana selalu memberikan kad debitnya untuk Ozlynn berbelanja sewaktu ‘me time’.

Papa bagi kad bank dan cakap, pergi la enjoy

Netizen puji sikap Johan terhadap isteri dan anak-anaknya

Perkongsian Ozlynn itu mendapat komen dan respon dari rakan artis dan netizen. Rata-rata mereka memuji sikap Johan yang tidak pernah berkira untuk mengeluarkan duit buat isteri dan anak-anaknya.

Kredit: Instagram jozlynnhanania

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas