Connect with us

Oh! Media

Pasangan Suami Isteri Penjawat Awam Ditemui Meninggal Dunia Disyaki Dibunuh

Ohmedia suami Isteri Dibunuh

Trending

Pasangan Suami Isteri Penjawat Awam Ditemui Meninggal Dunia Disyaki Dibunuh

Pasangan suami isteri ditemui meninggal dunia dalam bilik tidur oleh anak sendiri di Sri Aman, Sarawak.

Bayangkan trauma seorang anak apabila menemui ibu bapanya yang sudah tidak bernyawa dalam bilik tidur di rumah.

Itulah situasi menyayat hati yang berlaku di sebuah taman perumahan di Sri Aman, Sarawak pagi Rabu.

Anak jumpa ibu bapa maut disyaki dibunuh

Dibunuh

Memetik laporan Sinar Harian, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai guru dan jururawat itu ditemui oleh anak mereka sendiri ketika sedang bersiap ke sekolah.

IKLAN

Kejadian itu mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk kemungkinan melibatkan insiden bunuh. Namun setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Polis sahkan penemuan, siasatan lanjut dijalankan

Dibunuh

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam mengesahkan penemuan mayat mangsa, namun enggan mengulas lanjut kerana kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak turut mengesahkan kematian mangsa lelaki yang merupakan guru besar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu, cikgu Andy Roy Anak Junran.

Pssttt! Peristiwa ini benar-benar menyayat hati, terutama apabila melibatkan anak yang menjadi saksi kepada tragedi kehilangan kedua ibu bapanya serentak. Semoga siasatan lanjut dapat merungkai punca sebenar kejadian ini dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan menghadapi detik sukar ini.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas