Connect with us

Oh! Media

Tersebar Gambar Bayi 11 Bulan Dengan Alat Pernafasan, Bapa Sebak Terima Bantuan Kereta

Azlan keluarga bayi 11 bulan ohmedia

Oh! Inspirasi

Tersebar Gambar Bayi 11 Bulan Dengan Alat Pernafasan, Bapa Sebak Terima Bantuan Kereta

Sebelum ini tersebar gambar di media sosial menunjukkan si ibu menggendong bayinya berusia 11 tahun yang bergantung dengan alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang bapa bayi dalam perjalanan ke hospital.

Image 54

Gambar ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Setiausaha Politik PM, Ahmad Farhan Fauzi meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang keluarga itu.

Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka.

Ada individu bantu dan hadiahkan kereta…

Bukan hanya bantuan daripada PM tetapi seorang individu yang dikenali sebagai Daniel Firdaus turut berkongsi berita gembira dan rasa syukur kerana dapat memberikan sebuah kereta jenis Proton Persona kepada keluarga Encik Mohd Azlan Ishak.

IKLAN

Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian Encik Lan, tapi Encik Lan tetap kuat

Daniel juga memaklumkan sebelum ini Azlan pernah datang ke kedainya untuk mencari kereta terpakai dengan modal RM1,000 hingga RM2,000.

Image 55

Daniel turut kongsikan maklumat bank akaun Azlan untuk sesiapa sudi membantu meringankan beban keluarga ini…

Image 56

Kredit: Facebook Daniel Firdaus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas