Connect with us

Oh! Media

Pakar Pelaburan Saham Bawa Isteri Bulan Madu Naik Kapal, Netizen Puji Sweet Sangat

Trending

Pakar Pelaburan Saham Bawa Isteri Bulan Madu Naik Kapal, Netizen Puji Sweet Sangat

Disambut penuh meriah dengan kehadiran ramai rakan artis, perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan Tuan Nor Ernie Rossmeris baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

Perkahwinan ini menjadi bualan apabila ada dakwaan mengatakan Ernie berkahwin dengan DDNK disebabkan wang ringgit. Namun dakwaan dinafikan oleh Ernie dan DDNK memohon orang ramai berhenti mengecam isterinya.

BACA: “Dia Baru 25 Tahun, Student”, Akui Perkahwinan Punca Kekecohan, DDNK Mohon Netizen Berhenti Kecam Isteri

Terbaru, pasangan ini dipercayai sedang berbulan madu di sebuah pulau di dalam negara. Dalam rakaman yang dimuat naik DDNK di laman TikTok, pasangan itu dilihat menaiki sebuah kapal mewah menikmati pemandangan laut.

@datodrnazrikhan Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk ♬ Penghujung Cinta – Pasha

Pakar pelaburan saham itu turut menghadiahkan sejambak bunga dan kek bertulis happy honeymoon khas buat isteri tercinta.

Di ruangan komen, netizen memuji DDNK sebagai seorang suami yang romantis dan sweet. Mereka sekali lagi mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Wah! Bestnya naik kapal mewah tu. Apa-apa pun selamat berbulan madu!

Kredit: TikTok | Instagram Dato’ Dr Nazri Khan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas