Connect with us

Oh! Media

“Pak Cik Nak Keluarkan Duit, Tapi Anak Belum Masukkan Lagi” – Tindakan Lelaki Hulur Sampul Dipuji Netizen

Befunky collage  1

Trending

“Pak Cik Nak Keluarkan Duit, Tapi Anak Belum Masukkan Lagi” – Tindakan Lelaki Hulur Sampul Dipuji Netizen

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah insan bergelar ibu bapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Namun, seringkali pengorbanan itu disia-siakan tatkala anak-anak mula mengecap kejayaan sehingga mengabaikan ibu bapa mereka.

BACA: ‘Surprise’ Istimewa Hari Guru, Murid Ni Hadiahkan Rotan Untuk Cikgu-Cikgu!

IKLAN

Berkali-kali ‘cucuk’ kad di atm

Tular di media sosial video yang dikongsi pengguna TikTok bernama miyyyyyy6 menunjukkan seorang lelaki warga emas dilihat berdiri lama di hadapan mesin ATM. Warga emas itu kelihatan sugul selepas cubaannya berkali-kali untuk mengeluarkan duit gagal.

@miyyyyyy6 Sebab masih mood raya , kita letak lagu raya🥲 #fyp #fypdongggggggg ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Melihat kejadian itu, tunang kepada pengguna TikTok berkenaan lantas turun daripada kereta dan bertanyakan hal yang sebenar kepada warga emas tersebut.

Warga emas berbaju putih itu menjelaskan bahawa dia cuba untuk mengeluarkan duit tetapi gagal kerana anaknya belum memasukkan wang kepadanya.

Pakcik nak keluar duit tapi anak belum masukkan duit lagi. Duit tinggal RM11 sahaja dalam akaun.

Mengetahui perkara tersebut tunang wanita berkenaan terus menghulurkan sampul yang berisi duit kepada pakcik tersebut bagi membantu meringankan masalah yang dihadapinya.

Video yang menjadi tular itu mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata netizen bersimpati dengan lelaki warga emas berkenaan dan ada memuji tindakan tunang kepada wanita tersebut.

Screenshot 2022 05 17 at 135125
Screenshot 2022 05 17 at 135137
Screenshot 2022 05 17 at 135202

Kredit: TikTok miyyyyyy6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas