Connect with us

Oh! Media

Trending

Padah ‘Wheelie’ Di Jambatan Angkat, Seorang Remaja Berdepan Hukuman Penjara

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang remaja yang melakukan aksi Wheelie di sebuah jambatan angkat atau drawbridge di Kuala Terengganu.

BACA: Pakai Nombor ‘Plat Batman’, Seorang Penunggang Motosikal Ditahan

IKLAN

Hal itu selepas dia berulang kali melakukan perbuatan berbahaya itu secara keterlaluan sehingga mampu memberikan risiko terhadap pengguna lain serta nyawanya sendiri.

Video tersebut dikongsikannya di sebuah kumpulan laman Facebook bernama Raja Kapcai HQ sejak ahad lalu sehingga mendapat reaksi daripada ramai pihak.

JSPT sahkan penangkapan remaja wheelie

Bagaimanapun, aksi berani mati remaja yang berasal dari Kelantan itu membawa padah selepas dirinya telah ditahan di Kampung Kuala Baru, Pengakalan Kubur di tumpat semalam.

Penangkapan yang berlaku kita-kira 7.05 malam itu disahkan sendiri oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri selepas melihat rakaman video yang tular itu.

Menurutnya, suspek berusia 19 tahun yang juga bekerja sebagai buruh mengakui dialah individu disebalik video berkenaan yang ketika itu sedang berkunjung ke Kuala Terengganu.

Suspek yang bekerja sebagai buruh mengakui dia merupakan individu dalam video tular itu dan motosikal Honda EX5 yang digunakan adalah milik abangnya. 

Aksi itu dilakukannya pada 12 November lalu semasa berkunjung ke Kuala Terengganu bersama rakan-rakannya

Dalam pada itu, motosikal yang digunakan suspek turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya lagi, remaja tersebut mampu berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda setinggi RM15,000 jika didapati bersalah.

Tegasnya lagi, pihak JSPT turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan aksi-aksi berbahaya di jalan raya dan tindakan tegas akan dikenakan jika terdapat individu yang melakukan perkara itu.

Kredit: Facebook Raja Kapcai HQ I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas