Connect with us

Oh! Media

Aksi Wheelie Tak Menjadi, Pasangan Remaja Jatuh Tersembam Rempuh Myvi

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 21t151608847

Trending

Aksi Wheelie Tak Menjadi, Pasangan Remaja Jatuh Tersembam Rempuh Myvi

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan sepasang remaja jatuh tersembam selepas aksi wheelie yang cuba dilakukan dengan motosikal kapcai mereka gagal dan merempuh sebuah Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Video yang dikongsi oleh UpdateInfo di akaun X itu telah mendapat perhatian ramai.

https://twitter.com/update11111/status/1847656765359616089?s=46

Dalam video tersebut, penunggang motosikal secara tiba-tiba mengangkat tayar hadapan motosikalnya, namun hilang kawalan dan terus merempuh Myvi berwarna putih.

IKLAN

Mereka yang kelihatan seperti pasangan muda bergerak bersama sekumpulan penunggang motosikal lain sebelum melakukan aksi yang mencetuskan insiden itu.

Walaupun kemalangan tersebut kelihatan serius, pasangan remaja berkenaan tidak mengalami kecederaan yang serius. Mereka dilihat bangun dan bergerak ke bahu jalan selepas terjatuh.

Beberapa penunggang motosikal lain yang berada di tempat kejadian turut berhenti untuk membantu, namun netizen di media sosial tidak melepaskan peluang untuk mentertawakan kejadian tersebut.

Rata-rata mereka menyindir pasangan remaja itu yang kononnya cuba mencari perhatian, namun akhirnya menanggung malu apabila aksi wheelie mereka tidak menjadi.

Buat masa ini, lokasi dan waktu kejadian tidak dapat dipastikan kerana tiada keterangan lanjut yang disertakan dalam perkongsian video berkenaan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 21t151608847

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas