Connect with us

Oh! Media

(Video) Bang*ng Ke Apa Buka Pintu Tengah Jalan? Motosikal Terbabas Elak Penumpang Tak Bertanggungjawab

kemalangan

Trending

(Video) Bang*ng Ke Apa Buka Pintu Tengah Jalan? Motosikal Terbabas Elak Penumpang Tak Bertanggungjawab

Ohmedia yang tengok video tu banyak kali pun rasa pelik dan hairan dah kenapa tiba-tiba nak buka pintu kereta tengah jalan raya weh?! Kesian penunggang dan pembonceng motosikal tu terbabas, mesti terkejut.

ADVERTISEMENT

Sikap sambil lewa ada atas jalan raya ni memang tak boleh dimaafkan, lagi-lagi bila orang yang ikut peraturan pula jadi mangsa. Korang pernah kena macam ni tak?

Kejadian kemalangan itu berjaya dirakam dashcam milik kereta di belakang, menunjukkan sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita terbabas dan melanggar kereta Perodua Axia. Ia berpunca kerana mangsa cuba mengelak pintu kereta Toyota Vios yang tiba-tiba dibuka seorang penumpang wanita.

Orang ramai pun pelik kenapa tiba-tiba nak buka pintu kereta tengah-tengah jalan raya?

Berdasarkan laporan, kejadian itu berlaku di Melaka dan perbuatan penumpang wanita itu mendapat kecaman ramai. Sudahlah buka pintu tengah-tengah jalan, tak pandang belakang pula tu sebelum buka pintu, memang geram tengok!

Nasib baik tiada kecederaan serius tapi kesian juga dengan pemilik kereta Perodua Axia tu sebab kereta kemek. Harap pemilik Axia motor minta ganti rugi dengan penumpang wanita tu.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas