Connect with us

Oh! Media

Padah Tepuk Punggung Wanita, Pemandu Lori Meringkuk Dalam Penjara 2 Bulan

Trending

Padah Tepuk Punggung Wanita, Pemandu Lori Meringkuk Dalam Penjara 2 Bulan

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori, L. Rames dipenjara dua bulan dan denda sebanyak RM3,000 selepas mengaku bersalah menepuk punggung seorang wanita 4 Ogos lalu. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan penjara 10 bulan.

ADVERTISEMENT

BACA: Suka Hati ‘Tepuk’ Punggung Janda, Lelaki Ditahan Polis

Tertuduh membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Kartini Kasran ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Rembau hari ini.

Tertuduh didakwa membuat perlakuan itu di Taman Gembira Gemencheh kira-kira jam 7.10 pagi menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang suri rumah berusia 48 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menepuk di bahagian punggung sebelah kanan wanita itu sebanyak satu kali.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas