Connect with us

Oh! Media

Suka Hati ‘Tepuk’ Punggung Janda, Lelaki Ditahan Polis

punggung janda

Trending

Suka Hati ‘Tepuk’ Punggung Janda, Lelaki Ditahan Polis

Kejadian di sebuah gudang penyimpanan penyaman udara di Telok Gong, Klang, seorang lelaki yang merupakan penyelia di gudang tersebut telah ditahan polis selepas menepuk punggung pekerjanya yang merupakan janda anak dua.

ADVERTISEMENT

BACA: Edisi Khas Dakwa Sindiket Pelacuran Dan Judi Online Dilindungi, Ini Jawapan Polis Perak

Menerusi laporan Kosmo, suspek yang merupakan warga Bangladesh telah ditahan semalam pada jam 11 malam dan disyaki melakukan perbuatan tak senonoh itu pada jam 9 pagi.

Ibu tunggal kepada dua orang anak

punggung

Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, Ketua Polis Daerah Klang Selatan mengatakan suspek telah menepuk punggung semasa mangsa sedang menyusun barang di dalam gudang.

Suspek itu dikatakan telah empat tahun bekerja di kilang tersebut dan mangsa, ibu tunggal dua anak itu baru saja bekerja selama tiga bulan.

Bertindak maklumat, polis kemudiannya menahan suspek yang ketika itu sedang bekerja di kilang tersebut.

Motif kejadian masih dalam siasatan polis.

Suspek kini direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sesuka hati dia je nak tepuk punggung orang. Harap suspek dikenakan hukuman yang setimpal agar dia tidak mengulangi perbuatan yang tidak bermoral itu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas