Connect with us

Oh! Media

Netizen Sebak Lihat Kemunculan Naim Daniel

Ohmedia naim Daniel

Trending

Netizen Sebak Lihat Kemunculan Naim Daniel

Naim Daniel tetap hadir XO Concert walaupun berdepan dakwaan amang seksual. Persembahannya raih sokongan padu peminat.

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel mencuri perhatian ramai apabila tampil di XO Concerts 3.0 School of Galau malam tadi, dengan persembahan menyentuh hati menerusi lagu ‘Mengenangmu’.

Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, Naim dilihat mengenakan busana sekolah, seiring tema konsert dan tetap tampil profesional walaupun dirinya kini berdepan kontroversi besar.

Netizen sebak dan bangga lihat kekuatan Naim Daniel

Video persembahan Naim yang dikongsikan di TikTok menerima ribuan komen positif. Rata-rata warganet menyuarakan rasa bangga dan sebak melihat ketenangan dan semangat juang penyanyi itu.

IKLAN

Auto air mata mengalir.

Terbaik Naim Daniel, tetap semangat okay., biar apa pun orang judge awak, awak kena teruskan kehidupan.

Masih dalam siasatan, Naim mohon keadilan

Naim Daniel

Untuk rekod, Naim Daniel sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor. Namun, beliau mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Naim dibebaskan dengan jaminan RM12,000, dan pasportnya telah diserahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan lanjut.

Pssttt! Dalam hidup dan kerjaya, ujian akan datang tanpa diduga. Terus tabah, bersabar, dan hadapi setiap cabaran dengan kepala tegak. Kebenaran tetap akan muncul jua.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas