Connect with us

Oh! Media

Netizen Kecam Silibus Darjah 6 Makin Mengarut, Takkan Budak Nak Belajar Hal Dewasa?

silibus

Trending

Netizen Kecam Silibus Darjah 6 Makin Mengarut, Takkan Budak Nak Belajar Hal Dewasa?

Tular di media sosial, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menambahbaik silibus subjek Matematik darjah 6 dan mendapat kecaman hebat dari netizen kerana silibus yang ditambah itu dikatakan ‘merepek.’

ADVERTISEMENT

BACA: Cetus Kebimbangan, Seorang Guru Dedah Silibus ‘Melampau’ Murid Darjah Satu?

Menerusi Twitter @akhifairuz_, silibus Matematik yang baru diperkenalkan kelihatan sangat tidak masuk akal dan boleh membuat budak-budak hilang minat untuk belajar apabila silibus yang disediakan terlalu berat.

Darjah 6 dah kena belajar insurans dan takaful

Antara penambahan yang ditunggu-tunggu buat silibus subjek Matematik Tahun 6 bagi sesi 2022 adalah murid diperkenalkan dengan insurans dan takaful. Apabila dua perkara ini ditambah dalam silibus, murid dapat menatakan tujuan dan kepentingan perlindungan insuran dan takaful.

Menerusi hantaran dari Twitter tersebut, murid tahun 6 2022 adalah batch pertama yang menggunakan silibus baru KSSR Semakan 2017.

Mohd Fadli Salleh yang memuat naik hantaran di Facebook berkenaan dengan silibus baru murid tahun 6 ini mempertikaikan kenapa mereka perlu belajar mengenai insurans dan takaful? Sepatutnya mereka perlu fokus dan mahirkan mengenai pembelajaran yang asas sahaja.

Apabila terlalu banyak perkara perlu difahamkan dan murid-murid perlu belajar lebih dari yang sepatutnya, minat mereka berkemungkinan akan hilang dan membuatkan mereka malas nak belajar kerana terlalu banyak perkara yang perlu difahamkan.

Dah form 1 tapi lemah topik asas

silibus

Apabila terlalu banyak perkara yang perlu difahamkan dan belajar, murid-murid akan kehilangan fokus terhadap topik asas. Sebagai contoh, hantaran yang ditulis oleh Mohd Fadli Salleh menyatakan guru-guru sekolah menengah kebanyakannya pening apabila pelajar form 1 ada yang masih lemah dan teruk dengan silibus-silibus asas.

Silibus yang terlalu berat tidak dinafikan akan membuatkan pelajar stress dan bukan saja menyeksakan mereka tetapi para guru juga.

silibus

Cikgu Fadli Salleh juga ada menyatakan beliau cuba hubungi pihak KPM tapi tak ada yang menjawab.

Ada juga ejen takaful yang pelik dengan tindakan KPM yang menambah silibus insurans dan takaful untuk murid darjah 6. Katanya, ia hanya menambahkan berat beg dan beban kepada pelajar.

Harap pihak KPM dapat mengambil kira atas komen-komen ibu bapa dan para guru yang mengajar di sekolah. Sepatutnya, pihak atasan perlu memberikan silibus yang terbaik dan sesuai dengan umur para pelajar. Janganlah menambah beban murid-murid dengan silibus yang tidak sepatutnya dan tidak penting.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas