Connect with us

Oh! Media

Cetus Kebimbangan, Seorang Guru Dedah Silibus ‘Melampau’ Murid Darjah Satu?

Trending

Cetus Kebimbangan, Seorang Guru Dedah Silibus ‘Melampau’ Murid Darjah Satu?

Sejak sekolah mula dibuka secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Oktober lalu, pelbagai isu telah timbul melibatkan para pelajar sejak akhir-akhir ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kesihatan Mereka Lagi Penting” – Pakar Kesihatan Cadang Buat Garis Panduan Berat Beg Sekolah

Ianya termasuklah perdebatan ibu bapa mengenai pemasangan langsir di setiap kelas yang menyebabkan terdapat segelintir pelajar yang kepanasan akibat terkena pancaran terik matahari.

baru-baru ini, timbul juga isu melibatkan berat beg pelajar bagi sekolah rendah yang dilihat melampau selepas terpaksa membawa buku dalam kuantiti yang banyak.

Ia mula menjadi tular laman media sosial sehinggalah seorang pakar kesihatan mencadangkan agar garis panduan bagi berat beg pelajar perlu diperkenalkan bagi mengelakkan risiko kecederaan kepada pelajar.

Seorang guru zahir kebimbangan, silibus murid darjah satu tak ikut aras pemikiran

Terbaharu, terdapat sebuah lagi isu melibatkan pelajar sekolah apabila seorang guru telah mendedahkan silibus ‘melampau’ iaitu mata pelajaran yang dikatakan bakal dipelajari oleh murid darjah satu.

Menurut hantarannya di laman Facebook, dia telah mendedahkan silibus bagi subjek Bahasa Melayu yang dianggap tidak selaras dengan pemikiran murid-murid sekolah rendah.

Ini senarai apa yang anak kita di Tahun 1 akan belajar dalam subjek BM. Ya, tahun 1 bukan tingkatan 1.

Menurutnya, pada usia baharu 7 tahun, murid-murid perlu mempelajari pelbagai ilmu yang dilihat beraras tinggi dan padat seperti frasa, jenis ayat, imbuhan dan sebagainya.

Selain itu, dia juga turut mengakui bahawa perkara tersebut mampu ‘membunuh’ semangat anak-anak untuk meneruskan pembelajaran sehingga mungkin ada yang tidak berminat untuk belajar lagi.

Budak umur 7 tahun dah nak disumbat macam-macam ilmu yang tinggi dan padat. Lepas tu asyik tanya kenapa anak-anak tak suka ke sekolah. Dah silibus korang buat macam nak suruh budak tu jadi sasterawan negara terus bila tamat sekolah rendah.

Kesian anak-anak kita. Mereka macam tikus makmal dan diperlaku bagai robot tiada perasaan untuk puaskan hati orang atasan dan agar KPI orang di kayangan tercapai.

Oleh itu, dia juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab mampu melakukan perubahan dalam sistem pendidikan agar anak-anak akan kembali gembira untuk ke sekolah.

Dalam perkongsian terbaharunya, Unit Integriti Kementerian Pendidikan turut memanggilnya bagi menghadiri sesi temu bual berhubung pendedahan yang dibuatnya di media sosial.

Netizen turut beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut bersetuju dengan pendapat guru tersebut selain berharap agar silibus berkenaan dapat ditetapkan mengikut aras pemikiran murid.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 9,000 tanda suka serta telah dikongsikan sebanyak 2,400 kali.

Kredit: Facebook Muhd Fadli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas