Trending
Netizen Kata Fattah Amin Pura-Pura Kuat Lepas Tengok Video Ini
Tular video pelakon, Fattah Amin yang sedang menjalani penggambaran untuk mempromosikan jenama makanan terkenal, Pak Mat Western telah mengundang perhatian ramai.
Kalau korang tengok satu perkongsian di Tiktok ini, wajah Fattah ketika itu dikatakan nampak sayu tambah lagi apabila kemelut rumah tangganya bersama isteri, Nur Fazura sedang berlaku ketika ini.
Individu yang memuat naik perkongsian itu juga sempat mendoakan agar rumah tangga Fattah dan Fazura dapat diselamatkan dan disatukan semula.
Nampak ketara cara dia pura-pura kuat tapi hati dia mewakili riak muka dia, sayu ja tengok.
Semoga Allah satukan semula hati Fattah Amin dan Fazura.
Bukan tu jer, ada juga yang nampak perkara lain dan berkata Fattah nampak kacak walaupun hanya pakai ‘selipar Jepun’ ketika sesi penggambaran.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM