Connect with us

Oh! Media

“Kalau Malaysia Jadi Johor, Aku Balik India”, Jawapan Q&A TMJ Buat Netizen Geli Hati

Trending

“Kalau Malaysia Jadi Johor, Aku Balik India”, Jawapan Q&A TMJ Buat Netizen Geli Hati

Sebelum ini, kecoh di laman sosial apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan pernah memberi respon di dalam ruangan soal jawab (Q&A) di Insta Story berkaitan ahli parlimen Muar, iaitu bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kenapa Tuanku Tak Suka YB Muar?”, Ini Jawapan Pedas TMJ

Baru-baru ini pula menerusi Insta Story milik TMJ, Baginda dikatakan lagi sekali telah membuka ruangan soal jawab kepada pengikutnya di laman Instagram untuk bertanyakan soalan kepada Baginda.

Antara salah satu respon yang menarik perhatian netizen adalah apabila baginda ditanya dengan soalan;

“when i’m rich?” (Bila saya (Baginda) kaya?) – Tanya netizen di Insta story Baginda.

lalu baginda telah merespon soalan itu dengan menjawab;

“I’ll buy Malaysia and turn it to..” (Saya akan beli Malaysia dan tukarkan ia kepada..) – Jawap Baginda sambil menambah emoji tangan yang menunjuk kearah bendera negeri Johor.

Image

Rata-rata netizen di laman sosial telah membuat anggapan bahawa respon Baginda itu seolah-olah seperti baginda mahu menukarkan negara Malaysia kepada Johor jika Baginda kaya, dengan merujuk kepada soalan “When I’m rich?” yang ditujukan kepada Baginda.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai (@lcsmxms) juga telah memuat naik paparan ‘screenshot’ Insta story itu ke laman Twitter.

Insya Allah kalau ada rezeki kita semua boleh jadi Bangsa Johor – Tulisnya di Twitter.

Netizen di laman Twitter juga dilihat tidak ketinggalan untuk turut berkongsi luahan pendapat mengenai respon Baginda kepada soalan yang ditujukan di Insta Story itu.

https://twitter.com/ashrafariff/status/1356180976137736194?s=21

Duit nak tukar Dollar pun tak lepas lagi ni kan 1 Malaysia nak tukar jadi Johor. Dah lahhh aku penat.

Tak kecil hati ke Sultan negeri lain kalau baca ni?

Jangan, nanti ramai bawa kereta macam lembu, parking tak masuk petak, bawa sonsang, nak masuk kiri ikut lane kanan, masuk simpang signal lari pergi Kelantan. – Tulis beberapa individu di Twitter.

Hehe TMJ melawak je tu gais, jangan serious sangat. Chill chill sudah.

Kredit: @lcsmxms

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas